Apa kerja pentadbiran pejabat?

Pentadbiran pejabat memastikan operasi harian organisasi berjalan kemas. Tugas boleh melibatkan dokumen, fail, rekod, komunikasi rasmi, jadual, mesyuarat, pelanggan dan sokongan pengurusan.

Kemahiran utama

  • Menyediakan surat, memo dan laporan ringkas.
  • Mengurus fail fizikal dan digital.
  • Berkomunikasi dengan pelanggan atau jabatan lain.
  • Menggunakan komputer dan aplikasi pejabat.
  • Mengurus rekod, jadual dan tugasan pentadbiran.

Peluang pekerjaan

Graduan boleh mempertimbangkan jawatan seperti pembantu pentadbiran, kerani pejabat, pembantu operasi, pembantu rekod, receptionist atau sokongan pelanggan. Perkembangan kerjaya bergantung kepada disiplin, kemahiran komputer dan komunikasi.

Sesuai untuk: Pelajar yang teliti, suka susun maklumat, selesa dengan komputer dan mahu bekerja dalam persekitaran pejabat.

Lihat Program Pentadbiran Pejabat