Tujuan latihan industri

Latihan industri membantu pelajar mengalami suasana kerja sebenar. Dalam hospitaliti, pelajar belajar standard servis, komunikasi pelanggan, disiplin masa, kebersihan dan kerja berpasukan.

Perkara yang dinilai majikan

  • Datang awal dan berpakaian kemas.
  • Sopan dengan pelanggan dan staf.
  • Ikut arahan keselamatan dan kebersihan.
  • Bertanya apabila tidak pasti.
  • Mencatat pembelajaran dan tugasan harian.

Cara menonjol semasa internship

Jangan tunggu disuruh setiap masa. Tunjukkan minat, belajar daripada staf senior dan jaga reputasi kolej. Pelajar yang konsisten biasanya lebih mudah mendapat rujukan kerja selepas tamat latihan.

Tip resume: Simpan contoh tugasan, sijil aktiviti dan maklum balas majikan sebagai bukti pengalaman.

Tanya Tentang Latihan Industri